Banner 468 x 60px

 

Friday, June 26, 2015

Taklimat Briged Bakti Malaysia Cawangan Selangor (BBMCS) bersama Sahabat Pusat Islam UPM di Dewan Khawarizmi Pusat Islam UPM

0 comments
Program berbuka puasa dan taklimat Briged Bakti Malaysia Cawangan Selangor bersama Pusat Islam UPM pada 25 Jun 2015 bersamaan 8 Ramadhan 1436H telah berjalan dengan jayanya. Tahniah bagi sahabat Briged Bakti Malaysia Cawangan Selangor dan Pengerusi Kebangsaan Briged Bakti Malaysia Dato' Dr. Abd. Razak B. Hj.Kechik yang sudi datang untuk memberi sokongan.


Pengerusi Kebangsaan Briged Bakti Malaysia
Dato' Dr. Abd Razak B. Hj. Kechik

Timbalan Pengerusi Briged Bakti Malaysia
Cawangan Selangor
Dr. Hassan Bin Jamil







Seterusnya...

Thursday, March 26, 2015

Perjuangan Menarik Saudara Baharu

0 comments
Dato' Dr. Hj. Abd, Razak B. Hj. Kechik
Pengerusi Briged Bakti Malaysia
(Tokoh Pendakwah Negara)



MEREDAH hutan belantara dan merentasi arus pemisah daratan antara rintangan yang diharungi oleh pendakwah negara, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik, 67, dalam perjuangannya.

Peristiwa cemas ketika dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli di Pos Kampung Pasik, Gua Musang, Kelantan lebih 25 tahun lalu masih terpahat dalam ingatan beliau.

Misi dakwah dengan dua buah kenderaan pacuan empat roda itu turut disertai lapan sukarelawan mahasiswa Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Ketika dalam perjalanan yang melalui laluan balak, salah sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas ke dalam gaung sedalam 20 meter ekoran tebing jalan runtuh.

Menurut Abdul Razak, cuaca pada masa itu agak baik. Namun, Allah mentakdirkan rombongan tersebut berdepan dengan musibah.

“Kejadian tersebut telah menyebabkan kami terkandas selama beberapa jam sehingga waktu petang sebelum kami dibantu oleh seorang pemandu lori balak yang kebetulan melalui jalan yang sama.

“Pemandu berkenaan menarik keluar kenderaan yang telah kemik di dalam gaung bersama ahli kumpulan yang menaiki kereta berkenaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Atas faktor keselamatan misi perjuangannya ke Pos Kampung Pasik ketika itu terpaksa ditangguhkan dan mereka berpatah balik untuk membawa ahli yang terlibat dalam kemalangan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Jeli.

“Pemandu lori tersebut telah menumpangkan kami ke jalan besar berdekatan dan dari situ kami menaiki kenderaan yang melalui jalan berkenaan untuk ke pekan Jeli sementara menunggu kehadiran pasukan bantuan untuk pulang ke Kota Bharu.

“Walaupun hampir menggadai nyawa saya tetap bertekad untuk membawa misi Islamiah ke penempatan Orang Asli di Pasik pada masa akan datang,” jelasnya.

Cabaran perjuangannya tidak bernoktah di situ. Menurut Abdul Razak, beliau pernah diancam oleh masyarakat Orang Asli yang tidak selesa dengan kehadirannya. Pada anggapan mereka, Abdul Razak bersama kumpulan perubatannya cuba untuk meracun fikiran masyarakat Orang Asli.

Bantuan PEMERIKSAAN kesihatan merupakan salah satu agenda dalam misi dakwah Abdul Razak kepada Orang Asli.

“Saya masih ingat ketika diugut akan disumpit jika berniat untuk mengajak mereka menganut agama Islam. Ketika itu, saya serta ahli kumpulan perubatan hendak memasuki Kampung Tuel, Gua Musang,” katanya yang pernah berdepan dengan ancaman haiwan buas.

Pada masa itu, kenderaan beliau bersama kumpulan sukarelawan tersangkut ketika dalam perjalanan ke kawasan pedalaman Garing, Ruah, Jeli sekitar pukul 1 pagi.

Dalam kegelapan rimba, Abdul Razak berhadapan dengan ancaman pak belang. “Kami bernasib baik kerana mendapat bantuan seorang penduduk Orang Asli yang ditemui ketika perjalanan. Dia mengajak kami ke kampungnya. Perjalanan meredah belantara itu memakan masa hampir dua jam diiringi dengan bunyi binatang yang berlari-lari,” ujarnya.

Penerima Anugerah Khas, Anugerah Dakwah Negara 2015 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Abdul Razak merupakan individu yang memperjuangkan dakwah Islamiah untuk menarik saudara baharu. Beliau menggunakan pendekatan kemasyarakatan melalui kepakarannya dalam bidang perubatan. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan kesihatan awam.

Berpegang pada prinsip sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain, perjuangan dakwah dalam bentuk kemanusiaan (bil hal) menjadi agenda beliau selama dua dekad.

Berasal dari Sik, Kedah, Abdul Razak, 67, anak ketiga daripada 11 orang adik-beradik ini dilahirkan pada 28 Januari 1948. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Sik, beliau seterusnya meneruskan pelajaran di peringkat menengah di Ibrahim Secondary School, Sungai Petani sehingga tingkatan 6.

Langkah pertamanya sebagai pendakwah bermula ketika beliau melanjutkan pengajian peringkat ijazah selama enam tahun dalam bidang perubatan di Royal College Surgeon, Dublin Ireland. Beliau bersama 12 lagi pelajar Islam dari pelbagai negara telah menghidupkan semula Persatuan Pelajar Islam Dublin Islamic Society (DIS) yang menjadi kariah untuk tujuan ibadah.

“Pada mulanya penubuhan DIS bertujuan untuk kemudahan ibadah seperti solat Jumaat, tazkirah dan sebagainya, namun apabila aktiviti kami diperhatikan oleh penduduk di sana mereka seakan tertarik untuk bertanya berkenaan Islam,” katanya.

Kredibiliti sebagai seorang pendakwah diwarisi daripada ayahnya yang merupakan seorang guru agama di sekolah pondok di Sik. Hasil didikan arwah ayahnya, Kechik Mohd. Ali, Abdul Razak telah dilantik menjadi Imam dan ketua usrah selama empat tahun di sana.

Kepulangan Abdul Razak di tanah air pada tahun 1977 telah menerima tawaran bekerja di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Pada masa itu, pola penyakit berjangkit dimonopoli oleh penduduk di negeri berkenaan. Namun kepercayaan terhadap hikmah Ilahi telah menguatkan semangatnya untuk berkhidmat di sana. Tiga tahun selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang perubatan untuk kesihatan awam di Hawaii, Amerika Syarikat.

Agenda dakwah sentiasa memberi sokongan dalam perjuangan dakwah Abdul Razak.

Setelah tamat pengajian beliau kembali berkhidmat di Kota Bharu sebagai Pegawai Kesihatan Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor. Agenda dakwah Abdul Razak terhadap golongan Orang Asli bermula selepas beliau bersama beberapa kakitangan hospital memberi khidmat perubatan di kawasan pedalaman di sekitar Jeli, Kelantan.

Menurut Abdul Razak pada asalnya usaha berkenaan merupakan tanggung jawab sosial untuk memberi khidmat perubatan kepada penduduk di sana. Namun setelah melihat komuniti Orang Asli yang berpecah belah berikutan kepelbagaian etnik dan suku kaum, telah menarik minatnya untuk memperkenalkan Islam bagi menyatupadukan mereka.

“Pada ketika itu hati saya tergerak untuk mengajak mereka memeluk Islam, namun untuk melakukannya secara terang-terangan adalah mustahil. Berkat khidmat masyarakat yang kami berikan, seorang tok batin menemui saya secara sukarela untuk memeluk Islam,” katanya.

Kekangan bahasa bukanlah penghalang untuk menyampaikan mesej dakwah. Walaupun berbeza etnik dan budaya, penduduk Orang Asli masih boleh memahami dan bercakap dalam bahasa Melayu secara fasih.

Rentetan gerakan dakwah beliau berkembang hingga perjuangan Abdul Razak meliputi seluruh perkampungan berhampiran Jeli. Mereka turut tertarik dengan perubahan serta khidmat sosial yang ditawarkan oleh Abdul Razak. Sehingga hari ini perjuangan beliau telah berkembang di seluruh perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Dakwah beliau turut diterima oleh penduduk di Ranau, Sabah yang menerima perkhidmatan perubatan Abdul Razak secara terbuka.

Berkat semangat Islamiahnya kini Abdul Razak merupakan Presiden Malaysia Relief Agensi (MRA). Beliau juga bertindak sebagai peneraju Yayasan Al-Khalifah bersama rakan-rakannya dalam usaha membantu membangunkan masyarakat Orang Asli melalui sumbangan makanan, kemudahan infrastruktur dan keperluan harian.

Perjuangan dakwah serta khidmat sosial beliau berkonsep berterusan dalam memastikan kebajikan Orang Asli terjaga.

Selain MRA dan Yayasan Al-Khalifah, beliau juga turut bergiat aktif bersama pertubuhan-pertubuhan lain seperti Yayasan Gabungan Membanggun Insan Dengan Fikrah dan Tenaga (Gift), Pertubuhan Anak Yatim Malaysia, Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan dan Persatuan Brigade Bakti Malaysia yang menjadi tunjang kepada perkembangan perjuangan dakwah beliau.

Kecekalan Abdul Razak tidak lengkap tanpa sokongan ahli keluarga. Malah sehingga hari ini mereka sentiasa menjadi penguat semangat yang menyambung delegasi dalam perjuangan beliau.

KELUARGA merupakan penguat semangat Abdul Razak dalam perjuangannya selama lebih dua dekad dalam menyebarkan Islam.

Bapa kepada 15 cahaya mata hasil daripada dua perkahwinan bersama arwah isteri pertama, Roseni Hayati Nik Mohd. Ali dan isteri kedua, Asriah Ahmed Rabi, 50, Abdul Razak sentiasa mengutamakan aspek agama dalam mendidik anak-anaknya.

“Berkat doa dan sokongan keluarga sentiasa menjadi pendorong kepada saya malah tanpa mereka mungkin saya tidak mampu berdiri pada tahap sekarang.

“Saya bersyukur Allah telah membuka hati anak-anak untuk menjadi sebahagian daripada perjuangannya dalam berdakwah,” katanya. Anak-anak Abdul Razak berumur antara 35 hingga 7 tahun.

Sebagai seorang pendakwah yang berjaya tonggak utama adalah niat yang ikhlas, kecekalan serta istiqamah dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam berdakwah.

Abdul Razak berharap agar lebih ramai lagi individu yang mahu melibatkan diri dalam perjuangan dakwah bil hal kerana ia merupakan pendekatan yang lebih efektif dalam menarik minat ramai saudara baharu untuk mendekati Islam.

“Dakwah di Malaysia amat subur kerana kita mempunyai pelbagai kaum serta agama yang menuntut kita untuk hidup bersatu padu. Dakwah bil hal membuka ruang yang luas untuk kita lakukan dengan menolong antara satu sama lain malah dengan kebaikan, keindahan Islam akan lebih terserlah,” ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
Seterusnya...

Friday, March 13, 2015

Bengkel Motivasi Sukarelawan Dakwah

0 comments

Seterusnya...

Tuesday, February 17, 2015

PROGRAM "EXPLORATION OF INTERACTIVE TUOR" (EXIT)

0 comments















Seterusnya...

Saturday, March 1, 2014

Bengkel IT Anjuran Unit Media Briged Bakti Malaysia

0 comments



26-28 Februari 2014 telah berlangsung Bengkel IT di Pusat Latihan Briged Bakti Malaysia Bandar Baru Bangi Selangor.Bengkel yang khusus untuk staff BBM Negeri ini telah dihadiri oleh saudara Fakaruddin BBM Kelantan,Akashah BBM Perlis,Rashdan BBM Kedah,Juraij BBM Selangor,Abdullah BBM Negeri Sembilan dan Zamer BBM Pahang.

Bengkel ini bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan dari Pengerusi Majlis saudara Juraij BBM Selangor dan ucapan Timbalan Pengerusi BBM Selangor iaitu Prof Hassan.Seterusnya adalah sesi taaruf iaitu suai kenal di antara yang hadir.Pada jam 11.00 pagi Slot 1 : Cara Menghasilkan Blogspot. Slot 1 ini selesai dengan pembinaan blogspot dengan permulaan mewujudkan satu akaun gmail yang dinamakan unimediabbm(negeri)@gmail.com dan akaun blogspot.Untuk perhatian bagi setiap negeri kita telah bersetuju untuk selaraskan nama blog iaitu brigedbaktikelantan.blogspot.com, brigedbaktiselangor.blogspot.com, brigedbaktikedah.blogspot.com,brigedbaktiperlis.blogspot.com,brigedbaktinegerisembilan.blogspot.com dan brigedbaktinegeripahang.blogspot.com(nama briged bakti pahang tidak dapat digunakan kerana nama ini telah wujud dan untuk menggunakan nama brigedbaktipahang.blogspot haruslah dipadam terlebih dahulu blogspot yang lama.

Slot 2 : Cara Penulisan Blogspot ini difokuskan tentang pengisian dalam blogspot tersebut.Antara alternatif yang diberikan adalah dengan kita post kan blogspot yang berkaitan dengan kebaktian selain dari aktiviti bbm negeri tersebut.Post kan tentang kebaktian dengan kita melihat isu-isu di sekeliling kita sebagai contoh isu keluarga miskin memerlukan sumbangan untuk meneruskan kehidupan(kita ambil gambar tersebut dan post kan dekat blogspot dan kita beri keterangan tentang permasalah tersebut dan berikan cara jalan penyelesaian iaitu meminta sumbangan dari orang ramai untuk membantu keluarga tersebut).Dengan ini mengambarkan bahawa blog bbm negeri ini adalah salah satu platform kebaktian kepada masyarakat.

Pada sebelah malam hari pertama pula kita diisikan dengan Slot 3 : Santai Mengenai IT.Dalam slot 3 ini dibincangkan bagaimana untuk memastikan blog bbm negeri-negeri berada dalam 10 senarai teratas dalam enjin carian google.

Untuk hari kedua dipermulakan dengan Slot 4 : Cara pengurusan Blogspot.Untuk slot ini kita lebih kepada bagaimana untuk mencantikkan dan mengisi content dalam blog tersebut.Untuk slot kita telah menggunakan satu template yang sama untuk semua negeri,yang membezakan antara negeri-negeri adalah di bahagian header/banner.Pada sebelah petang Dato’ Dr Razak telah memberi sedikit ucapan.

Pada sebelah malam hari kedua kita ada Slot 5 : Asas Fotografi.Slot ini diterangkan dengan ringkas fungsi-fungsi kamera dan cara mengambil gambar yang betul.

Sesi Asas Fotografi

Hari-hari akhir kita masih meneruskan sesi saki baki Slot 4 dan Alhamdulillah semua negeri-negeri yang telah terlibat memahami serba sedikit penggunaan blogspot,cara hendak update post dan lain-lain.


Akhirnya hasrat bengkel it ini adalah berjaya kerana setiap negeri telah ada satu blogspot sendiri.Pihak Unit Media BBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada staff bbm negeri yang terlibat bagi menjayakan bengkel it tersebut.Kami semua negeri telah bersepakat untuk mengadakan Bengkel IT siri 2 yang akan diadakan pada 30-31/3/2014 juga bertempat di Pusat Latihan Briged Bakti Malaysia Bandar Baru Bangi Selangor


Seterusnya...